Allah SWT Menolak 1 dari 3 doa Rasulullah saw

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah  telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah  sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah .

Kemudian Rasulullah  berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah  :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah  pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah  tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1.   Aku telah bermohon kepada Allah supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah .
2.   Aku telah bermohon kepada Allah  supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh ). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah .
3.   Aku telah bermohon kepada Allah  supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Komentar

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

Seindah Cinta Wanita Perindu Surga

Kisah Pemuda Pemberani dari Raksasa yang Zalim